Friday, 27 November 2009

Mahathir Mohamad: Behind the scene



1. Pernah tak saudara/i berangan2 kalau jumpa dengan tokoh2 terkemuka, apa yang saudara/i akan cakap?kalau diberi peluang, sure macam2 benda korang nak tanya kan?or at least create a decent conversation.

2. especially kalau korang budak belajar luar negara, penuh pengalaman di dada, buah fikiran berlambak2 nak discuss dengan tokoh2 nih, nak tunjuk yang anak malaysia ni tak sia2 belajar kat luar negara.

3. And then bila tua2, at least boleh berlagak ngan anak cucu:

Datuk: Cucu2 semua tau tak? datuk pernah jumpa ngan mahathir nih dulu2. kitorang sembang2 2 minit, tapi dia cakap dia bangga dapat tengok datuk belajar jauh2, dan berjaya, pastu suruh datuk teruskan usaha. sebab tu datuk terus rasa bersemangat, nak buktikan datuk boleh buat macam dia pesan tu.

cucu2 sekalian: fuyooooo..power ah datuk!

Datuk: of course la, see the leg la..

4. so bila dah dapat peluang macam ni, bila dapat jumpa mahathir (3 kali dalam 10 mins), agak2 ape penulis akan buat?

a) first time

me: errr..selamat hari raya haji tun! (salam)
tun: selamat hari raya (senyum)

ok la, time ni orang beratur panjang, bagi chance la..

5 min kemudian, dah kurang orang sikit, tapi penulis nak ambik gambar..so suruh la member nih ambik..

b) second time

me: errr..tun, boleh ambik gambar?terima kasih..
tun: (senyum sambil pose)

pastu, penulis pun check la gambar..siut takde!!!ceit!!!!!tak jadi la pulaaaaaaak..pulak dah..pastu suruh member ambik sekali lagi, time ni usher2 dah macam cakap "takpe la ye semua, nanti boleh ambik gambar lagi,kita turun makan dulu k?" and orang ramai pun dah stop bergambar, bagi laluan kat Tun suruh jalan..

alamak!camne nih??penulis dengan tebal muka pun gi tahan mahathir yang tengah jalan tu..usher2 semua dah pandang slack ah...

c) third time

me: errr..sorry tun..tadi tak jadi la..boleh ambik sekali lagi?
tun: tak jadi pulak? haha..takpa2, meh sekali lagi..(senyum n pose)
me: terima kasih tun, sorry. selamat hari raya haji.
tun: selamat hari raya haji.


5. yup! TIGA KALI JUMPA, satu kali pun tak dapat buat my 'inspirational-and-berlagak-kat-cucu-moment'. kalau cerita kat cucu2 pun nak cerita apa?

datuk: dulu datuk pernah jumpa mahathir nih masa kat UK dulu2.
cucu: fuyoooo..dia cakap ape2 tak masa jumpa?
datuk: ada..dia gelak kat datuk sebab kena ambik gambar dua kali, first time tak
jadi. tu je la..
cucu: ceeeeeeeeeeeh..baik tak yah cerita..

6. In the end, dapat gak gambar penulis ngan idola no.3 penulis, after my parents. Ape2 pun, padan muka korang yang tak nak gi MSD sembahyang raya, kan dah tak dapat gambar ngan mahathir. hanya gelak kejam dapat kusampaikan..muahahahhaa..

selamat hari raya kepada semua pembaca2 blog penulis (yes, all 6 of u) dan salam 1Malaysia.

Monday, 23 November 2009

Breaking bad news

1. Hari ini penulis ada belajar comm skills (barts kalau bab2 comm skills ni memang second to none la, kalau bab2 anatomy, memang second from bawah la) pasal breaking bad news. we were divided into smaller groups, and each of us were given a challenging scenario, and had to break the bad news to a professional actor, role play style in front of ur grpmates and facilitators.

2. so penulis dapat senario pasal makcik nih yang datang pasal husband dia yang kena sakit jantung semalam, pastu dia masuk hospital, pastu pagi tadi husband dia kena sakit jantung again, pastu meninggal dunia. so tugas penulis ialah memberi khabar tidak baik kat makcik yang datang tu.

3. so penulis pun start la sembang2 ngan makcik tu..then part break bad news pun tiba...

me: well Mrs X, unfortunately, ur husband had another heart attack this morning, and i'm afraid he didn't survive it this time...i'm sorry (terus masuk mode empathy, perlahankan suara, looked into her eyes, buat2 muka simpati)

Mrs X: I'm sorry? what did u say?

me:
(eh?tak dengar ke?takpe2, try again) he..he did not make it..i'm very sorry (terus masuk mode empathy, perlahankan suara, looked into her eyes, buat2 muka simpati kali kedua)

mrs x: he did not make it? what do u mean??

me:
(aik? tanya makna pulak? takpe2, try lagi sekali...) I'm sorry Mrs X, he passed away..i'm
very sorry
(terus masuk mode empathy, perlahankan suara, looked into her eyes, buat2 muka simpati - take three)

mrs x: passed away?? u mean.. u mean.. he's DEAD?

me: I'm very sorry..i'm afraid so..
(paham gak akhirnya makcik nih..ceit)


4. then the facilitator stopped me there, and we discussed2 bout how did it go etc. and the one of the thing that the actor highlighted was the hesitancy in me from using the word DEAD or DIED, instead I was using other words to replace that, as if trying to avoid telling her directly, hence why she kept on asking me again and again.

5. That's a fair point I have to say, sebab kalau doktor nih kena direct, tak leh nak berlapis2. Then i was thinking why was it so hard for me to say that word? why did I use the phrase passed away rather than died?

6. penulis rasa itu semua sebab cultural background. Sebab kalau orang melayu nih bab2 mati ni pantang sikit. dan kalau ada orang mati, kita akan cakap macam nih:

"eh, dengar tak cerita semalam? pak abu tu baru je meninggal masa kat masjid.."

instead of

"eh, dengar tak cerita semalam? pak abu tu baru je mati masa kat masjid.."

7. so that's why penulis nak cakap dia meninggal (passed away) rather than mati (died,dead) masa role play tuh. nampak macam respect sikit, tapi diberi pandangan yang berlainan dari facilitators. I'm not saying they are wrong and I am right, but just to show these subtle differences in culture, and how these people rather have doctors telling them straight to the face when something goes wrong, rather than berlapik2.

8.Itu issue pertama. Isu kedua pulak. Then lepas bagitau husband dia mati, dia pun nangis la teresak2..then she tanya soalan cepu emas..

"Was he in pain when he died?"

9. pulak daaaaaah..nak jawab camne? tipu la tengah sakit jantung mati tak sakit. nak jawab camne wei?? then penulis pun cover2 la cakap yang we've tried our best, and gave him pain relief, and he didn't look in distress when that happened..then the wife macam angguk2 kelegaan, termasuklah penulis kerana berjaya cover line dengan cemerlang sekali.

10. tapi lepas habis semua tu, penulis pun pikir2 apa soalan pesakit2 malaysia might ask yang equivalent ngan soalan pain/less death nih?kalau depa tanya soalan cepu platinum camni..

"suami akak ada mengucap masa dia nak meninggal tak doktor?"

11. kalau dia mengucap takpe la, kalau tak? nak jawab camna wei??ini barts tak ajar!!

Friday, 20 November 2009

viva la vida loca..

1. Maka tamatlah rotation penulis dengan cardio firm kat newham hospital, and this will be the last time penulis pergi hospital Newham as a student (unless OSCE dapat kat sini la).

2. Sepanjang 2 years buat clinical placements, this firm is by far the ultimate best firm in my experience. So for those yang contemplate nak buat SSC ke, elective ke, highly recommended for korang untuk pergi firm Cardio under Dr. ro-alif-nun-jim-alif-nun (nama terpaksa dieja begitu bagi mengelakkan situasi di mana beliau google nama dia sendiri, then terjumpa blog ni pulak...altho maybe dia tak paham bahasa melayu pun...tapi lantaklah, tak nak bagi dia kembang lebih2). Dia ni nak cerita sikit kat korang, dah menang banyak gila anugerah tenaga pengajar terbaik kat newham.

3. And penulis sendiri jadi saksi yang dia ni mantap gila ajaran cardio. Daripada tak tau baca ECG langsung, sekarang dah boleh ajar orang tgk ECG. daripada tak tahu protocol2 cardio diseases ni, sekarang dah boleh tulis buku pasal benda alah ni. pendek kata, berkat ajaran Dr nih, penulis dah semakin confident dengan system cardio ni. so kawan2, kalau ada peluang, buat la firm ngan doctor ni ye? (penulis jamin promosi ini adalah ikhlas semata2, tiada anjuran pihak firm terbabit atau mana2 pihak ketiga).

4. Tapi assessment dia sikit punya susah daa..kena sit for viva, dia tanya macam2 soalan la, nak test ko power ke tak. tu yang sedikit leceh, tapi at least korang terpaksa study la sebab nak pass firm ni kan? so in a way bagus la jugak. and in fact, viva ni takde la susah pun, and penulis nak bagi tips2 sikit on how to pass ur viva under Dr.R:

5. memandangkan sekarang penulis tengah semangat cardio, maka let's take this equation:

Cardiac output (CO)= stroke volume (SV) x heart rate (HR)

Dalam erti kata lain, jumlah darah dipam oleh jantung dalam satu minit (CO) bersamaan dengan jumlah darah dipam dalam satu kontraksi (SV) darab dengan degupan jantung (HR) [gila tunggang langgang translation..tapi paham la jugak kan?]. so sama la jugak dengan viva nih. coz viva is all about impression. and a good impression depends on two things, ilmu di dada, dan juga how confident u r in expressing it..

viva=good impression= knowledge x confidence

so far so good? good2. now, to show confidence, kita kena jawab dengan cepat dan tidak teragak2 kan? so bila dibandingkan dengan equation pasal cardiac output nih...

CO=SV x HR
(darah dipam keluar dalam satu min)= (darah yang ada dan dipam keluar setiap contraction)x(berapa cepat jantung berdegup dalam satu min)

viva=knowledge x confidence
(impression yang keluar sepanjang viva)= (ilmu yang ada dan diluahkan pada setiap soalan) x (berapa cepat dan smooth jawapan itu dikeluarkan)

6. tadaaaaa..so itulah formula kejayaan viva. senang je, kena ada ilmu dan kena ada confident. tak susah pun. so ilmu itu ibarat darah la, kalau takde, then tak leh hidup la kita..cewah, berfalsafah cam karam singh walia laks. ok la, penulis nak berlepak2 sementara tunggu sembahyang jumaat. untuk rakan2 muslim serta muslimah sekalian, rebutlah peluang 10 hari pertama zulhijah ni dengan membuat amalan2 yang banyak (puasa ke, baca quran ke, dan sebagainya) sebab pahala dia lagi mulia daripada jihad bagi mereka yang membuat amal kebajikan pada hari2 ini.

till next time,

ciao cincao~

Wednesday, 11 November 2009

Lady luck

1. Rule no.1 dalam nak survive medical school, kena nampak mantap depan consultant. even if u r the slackest student on earth, selalu ponteng ke ape, tapi depan consultant kena perform. nak hidup beb, kena ah camtu.

2. sebab tu time ward round penulis selalu buat2 rajin. tolong FY1 check blood results, pegang computer cari x ray semua. sebab time tu je consultant nampak kitorang (3 medical students in the firm). and sebab tu jugak la the other 2 yang kena tanya banyak soalan, penulis lepak je tak pernah kena tanya.sebab bila nampak rajin, impression consultant dah lain. dia tengok student try to be part of the team, terus dia ingat budak ni rajin nih. walhal other 2 students siap tunggu on call masuk hari2 clerk patients, tapi duduk tercegat je masa ward round, nampak biasa je la..

3. acting good is one thing, tapi nasib kena ada gak la. bila consultant tanya, kena wish for easy questions. Last week, consultant tanya kitorang, 'what's the normal ejection fraction of left ventricular?' time tu we all blur2, then he cakap it's more than 55%. And then today, masa ward round, consultant tu tanye again kat penulis, soalan yang sama (obviously dia tak ingat dia dah tanya):

consultant: what is the normal ejection fraction of the left ventricle?
penulis: 55% sir.
consultant: wow, ur knowledge is very thorough. very good. i'm impressed.

4. Lepas tu for the whole ward round penulis tak kena tanya lagi, and kesian kat 2 member2 lain kena tanya macam2 soalan. and that's the only question yang penulis tau jawapan actually. that's medicine la, nasib kena ada bro..and kena pandai main kalau nak survive..


till next time,
ciao cincao.

Monday, 9 November 2009

Nak jadi rajin pun masalah ke?

Salam,

1. Bangun pagi kononnye nak impress team la, gi awal sikit sebab nak tolong FY1, memandangkan sorang lagi F1 cuti. so aim nak gi 30 mins sebelum ward round start, recordkan obs etc etc. sampai2 tube station, tunggu punya tunggu dalam kesejukan, sekali ada bus strike..siut la UK nih, tube strike la, bus strike la, post strike la..nak kerje ke tak nak kerje? lain kali UK kena buat macam malaya, bagi cuti umum banyak2, confirm takde strike. sebab workers dah terlebih cuti, nak mogok pun tak sampai hati. anyways, kembali ke pangkal cerita. so disebabkan penulis tunggu sambil menghirup udara dingin dalam 10-15 min camtu, n then kena jalan sejauh 300 juta langkah semut lebih kurang ke hospital, last2 sampai lambat kat ward round.ceit. sorry ar Ms FY1, tak dapat impress u hari nih. maybe next time laks.

2. so anyways, sempat gak la tolong sikit time ward round tuh. actually jadi cardiologist nih senang je kerje. boleh baca ecg, tgk x ray, hafal protocol penyakit2 jantung nih settle masalah. straight forward sangat kerjenye. Terbayang gak dalam kepala penulis one day mau je tackle kaki consultant masa ward round, pastu take over, sure takde masalahnye lah. lagi mantap ada la kut. tapi cakap besar tak guna. penulis hanyalah medical student yang hanya mampu berangan je at the moment.

3. melalut lagi. isk isk isk..anyways, lepas ward round semua tuh, sekali lagi tolong Ms FY1 yang baik hati tu, order angiogram n stuff..glorified secretary katakan..yang menariknye, layout nak order angiogram tu sebijik macam FM dowh. lepas satu, click continue, then continue, next, continue. nasib baik takde dia keluar window suruh choose tactics ke ape, kalau tak memang hari2 volunteer order angio.lepas tolong2 dia, gi grand round, dengar ceramah pasal..pasal ape ntah, tak ingat, tapi yang penting ada lunch free. 90% yang pergi memang nak makan je, termasuk la consultant2..kedekut betul..

4. habis grand round, balik ke ward, hang out for a while, tapi consultant tak dapat nak bagi teaching. so kitorang pun dengar teaching2 dari FY1, kononnya nak jadi proactive la hari nih. siap join ward round petang yang bosan super, menimba ilmu katakan. n then tengah2 ward round tu, the registrar in charge kena buat something, so kitorang (medical students) lepak2 jap when suddenly seorang FY1 dari team orthopedics datang pastu tanya, agak2 nak buat tak cannula? all three of us macam pandang each other, tapi sorang pun tak cakap ape2. then bersesuaian dengan tema proactive penulis untuk hari ni, maka hamba Allah yang hensem ni pun volunteer la diri. wokeh, no hal! pastu Fy1 ortho tu pun cakap, cun, meh ni dia all the equipment. pastu time2 penulis nak pakai apron (sebab kena masuk side room), pakai glove semua, time tu la SHO team penulis datang dari jauh..

"HOI, HANG BUAT APA TU WEI??" penulis terkebil2 sekejap.."BIAR JE FY1 TU BUAT. TU KERJE DIA, DIA KENA PRACTISE, MUNG DOK SOH NOK NGADE2 GI TOLONG, MEH FOLLOW WARD ROUND NIH!" ceeeeittttt..Fy1 tu try defend la action dia, kononnye nak bagi peluang kat kitorang nak practise, pastu the SHO ngan FY1 terus berbalas kata, cakap yang Fy1 tu hijack students dia la, accuse FY1 tu pemalas la, tak competent la.lawak tu lawak la pikir2 balik, tapi time tu rasa cuak dan menyesal ada gak, so penulis dengan slow2nye lari dari scene tuh dengan jayanya..

5. moral of the story? tak yah la nak proactive2 sangat nih.. next time kalau ada orang mintak tolong, kalau dia bukan team korang, tak yah nak memandai2 nak jadi rajin.buat bodoh je...patut balik je lepas consultant cakap takde teaching tadi..tu la, nak rajin sangat..ambik ko...

Sunday, 8 November 2009

Kalah lagi...

1. Kalau menang tapi main kotor, tak payah la sangat nak bangge2. Tak gentleman langsung la diorang ni. Drogba badan macam badang, tolak sikit jatuh macam kena sawan swine. susah ah camni. Memang dari dulu lagi diorang nih main pakai tactics kotor, sejak zaman mourinho.

2. That's the main reason why I dont want chelsea to win. All the ABU (Anything but united) people might be happy with the results, tapi kalau diorang happy for some dirty team like chelsea to win the title, then they just dont know bout football. Frankly speaking, if MU tak menang tahun nih, I hate to say this, but i'd rather see Arsenal win than those cheating chelsea players. Arsenal tahun ni main lawa, kudos to wenger for keeping faith in his players, they deserve to win it. Kitorang menang lawan arsenal pun nasib kut hari tu.

3. Another title contender, Liverpool...As for them, confirm two-men team je diorang nih. take gerrard and torres out, u guys only have ngog, voronin, babel, lucas to brag about. So save urself from all the tension and accept the fact that you guys should only aim the last place in Champions League qualification ok?in other words, taraf korang sama la ngan tottenham, city n probably villa..sad but true.

4. Anyway, congrats to chelsea, congrats for all the antics and all the top class acting, yet can still win. And thanks to MU, for reminding me to keep faith in u guys after a solid performance, making those blue lot looked scared in their own backyard.

*edit: This post sums up the season so far. nice one majin.

Ciao cincao

Friday, 6 November 2009

Nottingham Games

Salam,

1. Post ni terdelay dekat2 seminggu sebab penulis tak tau camne nak start entry nih. for the past 5 years, penulis tak serik2 pergi notts games, dari rambut panjang sampai dah jadi pendek, dari takde janggut sampai dah berjanggut, dari jambu hingga jadi macho..pendek kata, sepanjang 5 tahun nih, macam2 pengalaman la penulis rasa pergi notts nih.so memang bersesuaian la kalau penulis mengimbau kembali detik2 bersejarah masa mula2 penulis main 1st time kat notts sampai la last week..

2. 2005. first time penulis dengar pasal notts nih. time tu president msoc, saudara Iedil ( one of the few people who helped me settled down in London, if u read this post, thanks a lot bro) approached penulis, tanye main bola tak. terus penulis sahut panggilan bola tuh. Time tu andrew jadi captain. memang bersemangat la mamat tu. ada training sessions la, siap print coaching techniques masa train kitorang. dari segi persiapan, memang agak rapi la, cuma tak biasa dengan 5-a-side court coz the football courts takde lagi kat mile end tuh..so 2005 punya line up hanya berbekalkan naivety, bajet power dan training sessions mantap dari Andrew. pengalaman memang kurang la..anyways, ni lah dia line up kitorang:

kejambuan penulis terserlah dengan nyata sekali..
berdiri dari kiri: rama, kenneth, thurs, abang jambu, andrew q, ron
duduk dari kiri: andrew lee, nick tee, eric koay

3. First game main lawan team Dublin. Memang orang jawa cakap ,'baptism of fire' ah. dengan jersey hijaunye, dengan badan tough2 macam makan tongkat ali hari2, terus team kitorang di'ayam'kan 7-1 or 7-0, camtu la lebih kurang. Penulis first time lari, terus semput sebab tak leh nak acclimatise ngan cuaca yang sejuk dingin tuh. memang kitorang time tu pemurah la, bagi free2 3 points kat semua opponents. Keeper pun rotate2. Habis tournament, baru penulis sedar betapa tingginya standard game nih, and penulis berazam nak conquer tournament ni selagi penulis ada di bumi UK nih...

4. 2006. Penulis jadi captain for that team. Time tu kitorang nak hantar 2 team, campur ngan budak2 UCL. But last2, super last minute pihak notts tak bagi kitorang hantar, entah sebab ape penulis pun tak sure. so sebagai tanda boikot, penulis stepped down as captain, and all the teammates in Queen Mary A turut serta tak bermain untuk tournament tu. Hantar satu team je, diorang pun tak lepas group stage.

5. 2007. Zaman kegemilangan era bolasepak Queen Mary. Mile end sports centre dah ada. memang selalu main outdoor 5-a-side, so dah biasa main bola ala2 notts nih. Player2 pun mantap. Diketuai oleh Apip (captain termuda, 1st year dah jadi), kitorang assemble the best team ever:

berdiri dari kiri: Milan, redhwan, vivek shah, spyros, lutfi
duduk dari kiri: Apip, zulkifli, abang hensem, acap


6. Yang ajaibnye, kitorang tak pernah main sama2 as a team. assemble kat notts tu je. tapi first time main, terus gel macam dah selalu main sama2. memang kalau players berkualiti, senang nak gel kut. Kitorang kira macam south korea time 2002 la, dark horse of the tournament. Opponent2 disapu dengan mudah sekali. Hasilnya? time ni team QM berjaya sampai ke semi finals, atau dalam erti kata lain, top 4 out of 60 teams. semi final tu pun kalah sebab semua defenders dah injured. leading 2-1, kalah 4-2 with 2 minutes remaining. pasrah gak..tapi we were all proud with our achievement that day...

7. 2008. Being favourites, we were drawn with team2 yang so-so je in group stage. this year we in fact had sponsors and proper jerseys, thanks to penawar. gaya dah ada dah:



dari kiri berdiri: abang macho n hensem, acap evra, apip, redhwan, faiq
dari kiri duduk: eric (tak main saja nak masuk gambar, ganti lut), spyros, andrew

8. Tapi entah camne, this year tak menjadi. First game draw although team opponent terdiri daripada pakcik2 tua yang dah boroi2 aje. tak sempat nak warm up properly, player2 nak gi toilet dan gaya jatuh yang comel dari salah satu pemain QM dijadikan alasan punca kitorang keluar awal tahun nih..lagi pasrah bila Arsenal menang lawan MU hari tu..ceit..

9. 2009. Final attempt nak menang Notts. Awal2 masa nak buat team, penulis to be honest rasa a bit pessimistic. first, keeper takde, spyros dah habis study kat QM. secondly, main defender pun takde, sebab Lutfi ade commitment lain. tapi, karam singh walia pernah berkata, patah tumbuh hilang berganti. Kedatangan saudara Majin (nama timang-timangan) selaku keeper dah memberi sinar harapan yang baru. Ditambah dengan coup of the season, saudara wandok (nama ganas beliau) dari City uni selaku pengganti lut terus menaikkan semangat juang team QM tahun nih. And many many thanks to Vivek for his crazy decision in joining us even though his finals were just a couple of days after notts:

dari kiri (berdiri): acap evra, majin buffon, vivek SHAH, faiq
dari kiri (duduk): wandok, apip captain, abang macho, zul

10. group stage, scored 10, condeded 1. second round won 2-1. quarter lost 1-0. tu pun goal dodgy. nasib la referee tu baik, kalau tak sure dah kena sepak ramai2 oleh team QM. In the end, final game dimenangi oleh team Dublin, and it's just fitting to see Dublin won this year's tournament, them being the first team i played against 5 years ago..

11. Akhir kata, although tak dapat gak conquer notts, tapi penulis tetap rasa best sebab ending yang menarik. It's been a pleasure to play with every single of you, right from the start all the way till the end. Special thanks to this year's team for giving me such a happy ending to my notts career. God bless.